Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Sekitar DIALOG ISU SEMASA Mukim Bunga Raya

Imej
Selamat sejahtera, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, blog santai Kg.Tonobon Baru, Keningau, Sabah, ini dapat diwujudkan. Blog ini dibina sebagai wadah tatapan penduduk di samping perkongsian maklumat, berita serta isu-isu semasa di sekitar kampung ini. Kampung ini terletak dalam lingkungan 25 kilometer daripada Pekan Keningau dan boleh dihubungi melalui jalan darat. Jarak dari simpang masuk ke kampung daripada lebuh raya Apin-Apin-Tambunan adalah sejauh 6.4 kilometer namun 2.3 kilometer masih jalan gravel (batu kelikir/tanah merah). Rata-rata penduduk kampung ini berasal daripada Daerah Tambunan iaitu di sebelah kampung Tonobon (Lama) yang meliputi Tiong, Widu, Kirokot, Tinompok Liwan, Tompusis dan sekitarnya. Dengan latar belakang tentang asal-usul dan latar belakang penduduk kampung ini, sudah semestinyalah penduduknya daripada suku kaum Dusun. Kampung ini telah dibuka pada sekitar tahun 1960-an yang mana diasaskan oleh barisan " Luguan Mogig...